Monday, April 12, 2010

menang @ syahid


hanya ada 2 pengakhiran utk pejuang agama ALLAH terutamanya rakyat Palestin di Gaza berhampiran Baitul Maqdis iaitu

1) Mati Syahid
2) Menang dalam peperangan

umat Islam tak pernah kalah

yang penting kita betulkan niat berjuang ikhlas kerana ingin mendapatkan keredhaan ALLAH

Saturday, April 10, 2010

My only wish


Apakah perasaan anda selepas mendengar luahan anak kecil ini?

tepuk dada tanya iman..

logo Aqsa Syarif se-Malaysia



salam,

pengenalan sedikit mengenai Aqsa Syarif .

>badan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin

>mempunyai 2 cara untuk menyumbang
1) menderma terus ke akaun bank
2) jualan barang-barang Palestin kepada orang ramai disamping memberikan informasii terkini kepada masyarakat

> petikan dari pengerusi Aqsa Syarif

AQSA SYARIF yang didokong oleh orang-orang lama dalam dakwah, tampil dengan pelbagai program dan aktiviti. Di seluruh pelusuk negara, bersedia ratusan malah mencecah ribuan, sukarelawan menanti amal-amal yang tersusun.

AQSA SYARIF dalam rangka memberi penerangan isu Palestin, menyediakan senarai penceramah-penceramahnya di seluruh negara. Kami telah dan akan terus melatih mereka.

Bertolak dari iman dan persaudaraan yang mendalam ini, petugas dan sukarelawan AQSA SYARIF akan memastikan kerancakan aktiviti berkaitan isu Palestin, disamping menghormati dan mematuhi lunas undang-undang yang ada.

AQSA SYARIF telah meletakkan skim bantuan kepada anak yatim dan keluarga miskin di bumi Palestin sebagai kerja utama dalam tempoh terdekat ini. Semua petugas dan rakan-rakan NGO Palestin yang lain, akan bersama membuka mulut untuk menjayakan skim ini.

AQSA SYARIF bersedia bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan mana-mana pihak, demi memeriahkan perjuangan Masjidil Aqsa dan apa yang di sekeliling Masjid ini, terutama rakyat Palestin dan hak mereka.

Sambutlah salam perjuangan ini, bertolak dari kemanisan ibadah solat kita; kemanisan iman kita حبـل من الـلـه dan حبـل من الـنا س

الـلـه اكـبـر!!! الـلـه اكـبـر!!! الـلـه اكـبـر!!! ولــلّــه الـحـمـد

Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Pengerusi AQSA SYARIF


Semoga ALLAH memberi kita semua kekuatan untuk terus istiqamah memperjuangkan isu Palestin ini agar nasib saudara kita terbela dan Masjid suci ke-3 umat Islam dapat dipertahankan


wallahualam