Tuesday, September 21, 2010

Program "Sempena Mengingati Al-Quds Sedunia"

Mungkin sudah terlambat untuk saya berkongsi dengan sahabat mengenai pengalaman saya mengikuti Program “Sambutan Sempena Bulan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia 2010”. Tetapi atas desakan perasaan yang ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat maka, saya rajinkan tangan untuk menceritanya malah dapat jua kita berkongsi ilmu mengenai Masjid Al-Aqsa.
Program ini adalah anjuran bersama NGO Aqsa Syarif Selangor, IKRAM Selangor,PACE dan juga dibantu oleh badan-badan NGO mahupun kerajaan yang lain. Program ini berlansung selama sebulan dimana pelancarannya pada 8/8/2010 di Stadium Melawati. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Khutbah Jumaat Khas sempena Hari Al-Quds sedunia, konvoi, berbuka puasa/solat terawih/solat Hajat Perdana, persembahan Nasyid/Pentomen MAVI MARMARA/Pidato/Penyerahan sumbangan Koprat/penyerahan Kutipan jumaat, Gaza Walk dan Ramadhan Diambang Merdeka.
Saya berserta akak naqibah serta sahabat-sahabat yang lain mengikti Program Konvoi kenderaan dimana kami berkumpul di Stadium Melawati dan terus menuju ke Masjid Shah Alam. Semasa program ini berlansung, saya dapat merasakan kekuatan sebenar Umat Islam Cuma kini kita perlu bersatu walaupun berbeza ideologi. Kami berbuka puasa beramai-ramai, solat maghrib, isya’ dan terawih berjemaah.
Tepat jam 10 malam, majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi Majlis, bacaan doa. Seterusnya ucapan Pengerusi Aqsa Syarif Selangor, YDP IKRAM Selangor dan ucapan wakil kerajaan Selangor. Saya amat tertarik dengan gimik program dimana, pelancaran meruntuhkan Tembok Gaza. Program dimantapkan lagi dengan penyampaian sajak serta Pentomen MAVI MARMARA. Persembahan ini mampu memukau serta menaikkan semangat jihad kepada penonton. Penyampaian sajak yang amat menusuk kalbu mampu membangkitkan roh jihad pada setiap penonton yang hadir.
Program ini dimantapkan lagi dengan persembahan nasyid dari MUADZ. Nyanyian yang disampaikan oleh Muadz ada mesej tertentu mengenai Palestine. Laungan takbir dari penonton mengambarkan perpaduan yang utuh umat Islam. Majlis diakhiri dengan penyampaian nasyid Muadz & Friends.
Banyak ilmu serta pengalaman yang dapat saya kutip dari program ini. program ini sebenarnya amat berguna untuk meyedarkan umat Islam yang lena dengan keharmonian Negara sehingga melupakan saudara-saudara Islam di Palestine yang tidak pernah tamat dari berjihad melawad Tentera Israel Laknatul Allah. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Kami dari Karisma UKM mengucapakan setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur serta ajk pelaksana yang saya kira mereka Berjaya mencapai objektif dalam program ini.

1 comment:

  1. salam, jazakumullah khoiron jaza' wa baarokillahufiikum atas perkongsian ;>

    ReplyDelete