Al Quran dan Solat Memberi kekuatan Kepada Kami: Aktivis Konvoi Armada
May 29, 2010
29 Mei – Aktivis Muslim yang menyertai rombongan armada bantuan kemanusiaan ke Gaza atauFreedom Flotilla tetap tegar dan bersemangat meneruskan misi walau apapun terjadi. Sdr Noorazman Shamsudin yang juga merupakan Ketua Delegasi Bagi Malaysia dan Indonesia menyatakan bahawa para aktivis sudah bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku, khususnya ancaman dari tentera udara dan laut Israel.
” Alhamdulillah setakat ini majoriti aktivis amat komited dengan solat berjamaah, mereka berterusan mengikat diri mereka dengan al Quran. Ramai juga yang bersendirian di merata tempat dalam kapal ini sujud bermunajat kepada Allah swt. Ramai yang berada dalam kapal tidak tidur dan bermunajat kpd Allah.”, demikian situasi yang digambarkan oleh wakil Media HALUANPalestin yang turut menyertai misi tersebut, sdr Mohd Nizam Awang. Beliau dan rombongan menaiki kapal yang terbesar dalam armada tersebut iaitu kapal Mavi Marmara.
Menurut Sdr Noorazman Shamsudin, antara ancaman yang paling besar tatkala armada sudah mula menghampiri perairan Gaza saat ini ialah usaha jahat Israel untuk merampas, menahan dan menangkap para aktivis. ”Kami memohon kepada seluruh muslimin dan muslimat mendoakan kejayaan armada bantuan kemanusiaan ini dan semoga pertolongan Allah bersama-sama dalam perjalanan kami. Walau apapun terjadi kami akan pertahankan kapal ini dan kami akan berusaha untuk sampai di pelabuhan Gaza”, demikian harapan Noorazman saat ditemuramah oleh wartawan berita dari astro Awani yang turut menyertai armada tersebut.
*Bersamalah kita memohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat, sebagaimana yang ditunjukan oleh aktivis Islam yang benar-benar mengamalkan tuntunan Allah ini selama di kapal
Konvoi siap sedia lepasi sekatan
NICOSIA 28 Mei - Beratus-ratus aktivis pro-Palestin yang menyertai konvoi kapal- kapal hari ini berada di peringkat akhir cuba melepasi sekatan Israel untuk membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.
Dua kapal kargo dan lima bot kecil membawa beribu-ribu tan bantuan dan beratus-ratus penumpang sedang menuju ke satu tempat pertemuan di pantai Cyprus yang mana mereka merancang untuk membentuk kumpulan baru sebelum berlepas ke wilayah Palestin itu.
Pengendali berkata, lapan buah kapal, Rachel Corrie yang bertolak dari Ireland, kini ketinggalan dan akan bergerak ke Gaza secara berasingan.
Katanya, kapal-kapal itu akan bertemu di lautan antarabangsa.
"Kerajaan Cyprus tidak mahu kami meninggalkan Cyprus. Saya hanya boleh menganggap mereka terbeban," kata seorang daripada koordinator, Audrey Bomse.
Menurut sumber rasmi kerajaan Cyprus, negara itu tidak menerima sebarang permintaan daripada Pihak Berkuasa Palestin berhubung bantuan kemanusiaan yang cuba dihantar flotila itu.
Israel sebelum ini telah memberitahu Dutanya di Cyprus, Turki, Greece dan Ireland bahawa ia sudah mengeluarkan waran melarang kapal-kapal itu memasuki Gaza dan flotila itu melanggar undang-undang antarabangsa jika memasuki Gaza.
Israel merancang mengalihkan haluan kapal-kapal itu dan menahan beratus-ratus penumpangnya di pelabuhan Ashdod sebelum menghantar mereka pulang.
Bomse menyifatkan rancangan Israel itu sebagai ugutan.
"Kami merancang ke Gaza dan tinggal di sana dua hari," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment