Thursday, June 24, 2010

sekatan dilonggarkan atau diketatkan?

http://palestinkini.info/?p=6758

Zionis benarkan beberapa barang komoditi baru masuk Gaza

June 24th, 2010 by adminLeave a reply »

Khamis, 24/06/2010 – Ir. Raed Fattouh, Pengerusi Jawatankuasa Pembekalan Gaza berkata kerajaan haram Israel bersetuju hari ini untuk membenarkan kemasukan beberapa barang komoditi baru ke Semenanjung Gaza yang diisytiharkan sebagai ‘komoditi baru dibenarkan’ sejak beberapa hari lalu.

Fattouh berkata dalam satu kenyataan media, kira-kira 130 buah trak yang sarat dengan muatan bantuan kemanusiaan bagi sektor perdagangan dan pertanian memasuki Semenanjung Gaza melalui pintu sempadan Kerem Abu Salem. Bantuan tersebut termasuklah barangan keperluan yang tidak mencukupi seperti gas masakan dan diesel industri untuk kegunaan stesen janakuasa tenaga Gaza. Pintu sempadan komersil Karni masih lagi ditutup.

Kerajaan haram Israel telah mengisytiharkan senarai komoditi baru yang dibenarkan memasuki Gaza sebagai sebahagian daripada rancangan untuk melonggarkan sekatan ke atas Gaza. Antara yang tersenarai adalah kicap, mayonis, jarum jahitan, barang mainan kanak-kanak, enjin kereta dan barang kosmetik. Walaupunbagaimanapun, penduduk Palestin menganggap langkah ini sebagai mengetatkan lagi sekatan dan bukannya melonggarkannya. Mereka menggesa kemasukan bahan-bahan asas seperti simen, besi dan bahan-bahan industri.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

No comments:

Post a Comment